ADAM: Aku Darah Anak Malaysia

ADAM: Aku Darah Anak Malaysia

ADAM Aku Darah Anak Malaysia DIA MUNCUL SECARA TIBA TIBA DIA MENGHILANG ENTAH KE MANABila Hilman dapat bertemu dengan anaknya Jeslina di New York setelah berbelas tahun terpisah mereka berasa begitu bahagia Namun keriangan mere

  • Title: ADAM: Aku Darah Anak Malaysia
  • Author: Ramlee Awang Murshid
  • ISBN: null
  • Page: 162
  • Format: None
  • DIA MUNCUL SECARA TIBA TIBA DIA MENGHILANG ENTAH KE MANABila Hilman dapat bertemu dengan anaknya Jeslina di New York setelah berbelas tahun terpisah, mereka berasa begitu bahagia Namun, keriangan mereka diragut bila kereta yang mereka naiki terlibat dengan satu kemalangan jalan raya Jeslina koma sementara Hilman pula dituduh memandu dalam keadaan mabuk Dalam situasiDIA MUNCUL SECARA TIBA TIBA DIA MENGHILANG ENTAH KE MANABila Hilman dapat bertemu dengan anaknya Jeslina di New York setelah berbelas tahun terpisah, mereka berasa begitu bahagia Namun, keriangan mereka diragut bila kereta yang mereka naiki terlibat dengan satu kemalangan jalan raya Jeslina koma sementara Hilman pula dituduh memandu dalam keadaan mabuk Dalam situasi genting itu, muncul Mia Sara, seorang petugas di Kedutaan Malaysia, Washington D.C Melalui bantuannya, Hilman dinasihatkan ke mahkamah untuk mendapat keadilan Namun, bila satu konspirasi untuk menutup kemalangan itu diketahui oleh Hilman, dia mengambil keputusan untuk mencari kebenaran dengan caranya.Sebagai seorang penembak tepat dalam pasukan Polis diRaja Malaysia, survival adalah mainan hidupnya Siasatannya terhadap konspirasi kemalangan itu akhirnya membawa beliau ke pintu White House Dan, Hilman tidak sekali kali terpaku di hadapan pintu itu

    • [PDF] Û Free Read ✓ ADAM: Aku Darah Anak Malaysia : by Ramlee Awang Murshid ✓
      162 Ramlee Awang Murshid
    • thumbnail Title: [PDF] Û Free Read ✓ ADAM: Aku Darah Anak Malaysia : by Ramlee Awang Murshid ✓
      Posted by:Ramlee Awang Murshid
      Published :2019-04-03T18:50:56+00:00

    923 Comment

    Novelis thriller ni suka buat aku tercungap-cungap nak menghabiskan ceritanya hik3 lalala5 Selalu buat aku tak sabar dan bila membaca rasanya aku memang tak boleh tinggal macam tu je. Nak tak nak, aku akan baca sampai habis hehe…Ia kisah Hilman yang terlalu ingin bertemu dengan anaknya, Jeslina. Sebagai ayah barangkali dia dilihat gagal untuk membahagiakan anaknya setelah kematian isterinya. Itu menyebabkan keluarga mentuanya membawa Jeslina jauh darinya. Kasihan… dalam cerita ni, seorang po [...]

    6/10. Sangat berbeza dengan novel RAM lain yang pernah aku baca, ADAM ini bergerak terlalu lambat. 'Cerita' bermula di sudah bahagian tengah. Di bab-bab awal banyak perkara yang tidak penting diceritakan.

    Mengisahkan ASP Hilman,seorang penembak tepat Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dia dan anak perempuannya,bernama Jeslina,yang sekian lama terpisah antara satu sama lain,terlibat di dalam kemalangan jalan raya di New York,Amerika Syarikat (AS). Hilman dituduh memandu di dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan tersebut. Manakala,Jeslina koma. Hilman merasakan bahawa dirinya dianiaya dan dijadikan 'kambing hitam' di dalam kecelakaan itu. Dia lantas berusaha untuk membersihkan namanya denga [...]

    Jalan ceritanya memang menarik! Ada gaya filem The Recruit ataupun Jack Ryan:Shadow RecruitRAM memang ada keistimewaan mengadunkan unsur aksi dari Barat dengan rempah dari bumi Malaysia! Jadi untuk sesiapa yang minat dengan kisah penyiasatan yang bertaraf antarabangsa bolehlah mencuba novel ADAM : Aku Darah Anak Malaysia ini.

    Buku tulisan Ramli Awang Murshid (RAM) yang pertama aku baca.Menerusi komen-komen (di ) yang terdahulu, betul. Kau menjadi "terdesak" untuk menghabiskan pembacaan. Kata mereka, tidak sabar mahu tahu apa yang terjadi seterusnya.Begitulah.A.D.A.M ini bagaikan "kejutan budaya" bagi aku. Belum pernah lagi membaca buku bergenre sebegini (karya tempatan). Aku kagum dengan kemampuan RAM untuk keluar daripada "stereotype" novel tempatan masa kini. Dan penceritaannya lengkap (merujuk kepada stategi menye [...]

    Mia Sara & HilmanBaca thriller Abang RAM ni tak pernah menghampakanCukup semuaSaya suka bayangkan Eman Manan sebagai Hilman dan Fasha Sandha sebagai Mia Sara heeeeeeSaya tak kesah apa saja gosip yang dikaitkan dengan Fasha, saya suka dengan bakat beliau! Itu yang penting! :)Suka dengan coretan ni:"Aktiviti harian bermula seawal azan Subuh berkumandang. Waktu Subuh-Zuhur adalah paling produktif untuk kerja yang memerlukan penumpuan tinggi. Manakala Zuhur-Asar sesuai untuk pekerjaan yang santa [...]

    Good plot. its just that I can't fathom the idea of a man (or a boy at that time; it was never disclosed) transplanted part of his liver to a baby and the baby grew up to fall in love with the man without really knowing the man. Sure age is no limit but author keeps using the word 'Hati kami telah bersatu'. of course in BM this is kinda romantic or whatever but ugh its a liver for crying out loud. A freakin liver.

    Merupakan novel pertama karya RAM yang saya baca semasa menuntut diploma dahulu. Tak sangka ada penulis Malaysia yang mampu menulis sebuah karya yang boleh dikatakan setanding dengan thriller luar negara.

    Kalau buat adaptasi filem dari buku ni bagus juga. Tapi polis Malaysia lawan secret servis kompem tak lepas LPF.

    'Hati mereka telah lama bersatu'Tak sangka dalam novel thrill macam ni ada terselit kisah cinta antara Hilman dengan orang yang tak pernah berjumpa. Bukan nak fokus tentang tema cinta, tetapi nak menyatakan novel ini mempunyai banyak tema - thrill, saspens, kekeluargaan dan juga cinta. Ini merupakan novel pertama RAM yang saya baca. Tertarik bila baca sinopsis di kulit belakang dan reviu dari pembaca - Hitman versi Malaysia. Sudah lama ingin membaca karya RAM tapi tak tahu nak pilih yang mana sa [...]

    Yes, it was an amazing read. Setiap patah perkataan dan ayat dan paragraph . semacam ada roh masing-masing. Kesemuanya mendorong dan menjulang cerita yang dibawakan ke tahap yang tinggi. Novelist yang berkaliber sama seperti watak utamanya. Ramlee Awang Murshid ni saya yakin memang seorang yang genius. Buku ADAM pada pendapat saya setara novel best seller conspiracy thriller oleh penulis terkenal seperti Tom Clancy dan Dan Brown. Rasa terharu, patriotik, bangga, Kalau Malaysia betul mengiktiraf [...]

    bila buku best memang sekijap je baca. buku ni mengisahkan seorang lelaki bernama Hilman yang telah kehilangan isteri terchenta, Haslinda dan terpisah dengan anaknya perempuannya, Jeslina selama 19 tahun. apabila telah berjumpa mereka mengalami sATU kemalangan dan menyebabkan jeslina koma. Hilman pula dianiya dengan dituduh mabuk ketika memandu. Ketika inilah semuanya bermula walaupun tajuk novel ni dah jelas2 tulis ADAM: Aku Darah Anak Malaysia tapi bile baca novel ni baru tahu A.D.A.M tu stand [...]

    Jujur saya memilih novel ini kerana mukanya! Bila dibaca rasa janggal kerana tiada "adegan" bercinta. Agak pelik bagi remaja berusia 15 tahun yang biasa dengan penulisan Ahadiat Akashah membaca novel yang sarat dengan adegan dan persoalan yang matang. Terima kasih RAM kerana membuka mata dan minda saya yang seorang penulis melayu juga mampu keluar dari skop penulisan yang tipikal. Oh percayalah, jika novel ini diadaptasi ke filem, pasti berjaya lebih dari filem-filem cintan cintun Melayu yang la [...]

    alhamdullilah dapat juga saya habiskan membaca novel ini dengan jayanya.Pendapat saya,RAM memang bijak membawa pembaca untuk menyelami jalan cerita yang dikarangnya sendiri kerana beliau kerap memberi pandangan luas terhadap sesuatu tempat di dalam novel ini.Ini menyebabkan pembaca dapat menyelami plot cerita yang begitu thrill seperti mereka sendiri yang berada di dalam novel tersebut.Tahniah RAM

    Novel RAM di tangga kedua dalam takhta hati aku selepas Sunan. Aku amat mengharapkan novel ini akan diangkat ke layar Perak. Jalan ceritanya membuatkan aku tidak sabar untuk tahu apa yang berlaku seterusnya dan aku berjaya menghabiskannya dalam satu malam sebab aku tidak boleh melepaskannya daripada genggaman, aku tak boleh berhenti membaca. Jalan cerita dan fakta yang dikemukan tidak sambil lewa, bukan seperti drama Gerak Khas tetapi levelnya seperti drama bersiri CSI.

    kalau novel RAM memang pilihan terbaik untuk dijadikan koleksi dan bahan bacaan yang sangat bermanfaat. Antaranya yang unik, seorang anggota CIA memeluk Islam kerana keelokan dan budi pekerti yang ditunjukkan orang Islam sepertimana yang dikisahkan dalam novel ni. RAM dan penulisannya sinonim dengan dakwah. Syabas.Aku darah anak Melayu-terbaik :)

    Kisah seorang anggota polis yang cukup komited dalam menjalankan tugas, iaitu ASP Hilman. Dikenali juga sebagai penembak tepat yang berjaya menyelesaikan beberapa kes besar. Bagi aku cinta yang tidak bertaut pada realiti antara Hilman dan Mia Sara sedikit sebanyak menceritakan bahawa cinta itu kompleks. Namun hakikatnya cinta tanpa jasad cukup menyentuh hati aku.

    Sangat menarik! Pembawakan yang mendebarkan. Andai dihayati penuh dengan nilai emosi berbentuk dendam, kasih sayang dan sebagainya. Perubahan perwatakan membawa kita berfikir tentang nilai-nilai kemanusiaan

    Bila baca novel ni, rasa macam kisah ni betul2 berlaku dalam dunia nyata kisah anak dan ayah terpisah dan baru bertemu semulatapi kerana satu tragedi, hidup mereka berubah gelap rasa sedih sangat2 baca kisah ni.ya bagi 5 bintang!!

    sepanjang saya membaca novel ini saya selalu beranggapan alangkah bagusnya kalau novel ini difilemkan!

    Hilman bukan sekadar Hilman tapi beliau seperti hitman.A. D. A. MBoleh saja tikus menumbangkan gajah. Stail, novel fiksyen aksi ala-ala Hollywood gituh!

    Last sekali baca 7 tahun lepas. Yang aku ingat novel thriller ni memang sedap. Bila baca tu kalau boleh tak nak berhenti sebab nak tahu kisah seterusnya.

    hurmm. pon bace da lamabut i think its about a man running for his life to america or something like that.'s a good story though a little bit complicated

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *